Jom Buat Duit

Thursday 16 May 2013

Wajah Baby Ning Baizura, Ryan Sky Dalton

Setelah sekian lama menanti, hari ini penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton telah menunjukan bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind, di sini sebentar tadi.

Dengan rasa syukur, Ning Baizura berterima kasih kepada pihak media yang sabar menanti detik istimewa itu sejak dia melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya.
Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura tampil menyerlah dengan persalinan rekaan Datuk Farah Khan dan sedang aktif melangsingkan tubuhnya sebelum kembali menyemarakan dunia seni tanah air.

Turut diadakan pada majlis berkenaan iaitu pelancaran video lagu terbarunya, Pelangi Untukmu yang dicipta dan ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu.

Penyanyi hitam manis itu juga turut berkongsi kepada pihak media tentang agendanya sepanjang tahun 2013 serta projeknya bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.
Murai

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters