Jom Buat Duit

Friday 17 May 2013

JAIS Tangkap Pelakon Lelaki Popular Berkhalwat - Opssss?

Oh my god.... cerita yang paling panas pada hari ni dan mungkin juga minggu ni. Betul ke cerita ni?

Difahamkan pelakon berkenaan ditangkap sedang berkhalwat oleh pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.30 pagi tadi apabila mendapat aduan dari orang ramai. Penangkapan dilakukan sebuah unit Apartment Taman Sri Subang.

Admin tau berita ni time dengar hot fm dalam perjalanan balik rumah dari berjoging pagi tadi. Sampai rumah terus cari dalam web untuk kepastian.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, mengeluarkan satu kenyataan bahawa ketika serbuan, pelakon lelaki tersebut dan pasangannya berusia 21 tahun ditangkap di dalam sebuah bilik di apartment yang didakwa milik rakannya.

Katanya, pelakon lelaki itu telahpun bertunang pada Disember tahun lepas dan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita namun hubungan itu hanya sampai separuh jalan sahaja. Siapa dia agaknya ekkkk?

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters