Jom Buat Duit

Thursday 30 May 2013

Shah Rukh Khan jalani pembedahan

NEW DELHI - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah menjalani satu pembedahan di bahagian bahu selepas mengalami kecederaan semasa penggambaran filem baharunya, Chennai Express.
Doktornya, Sanjay Desai berkata, pembedahan itu berjaya dilakukan di sebuah hospital di Mumbai kelmarin.

Namun, Shah Rukh, 47, dilaporkan perlu berehat selama dua bulan.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, kecederaan itu berlaku kerana Shah Rukh bertegas ingin melakukan sendiri satu adegan aksi lagak ngeri.
Dia dijangka keluar daripada hospital pada hujung minggu ini. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters