Jom Buat Duit

Sunday 2 March 2014

Pencapaian Hafiz Suip luar biasa

MENELITI perjalanan karier nyanyiannya, bakat yang dimiliki bintang kelahiran program Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz Suip bukanlah calang-calang. Ini terbukti pada usianya yang mencecah 24 tahun semalam, pelbagai kejayaan dalam industri seni tanah air telah dicapai.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kejayaan yang saya kecapi hari ini.

“Kejayaan ini juga tidak akan tercapai tanpa bantuan dan sokongan daripada ibu bapa dan juga peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis Doa Kesyukuran Sempena Kejayaannya Sepanjang 2013, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai kejayaannya itu, perjuangan pelantun ‘Bahagiamu Deritaku’ ini tidak hanya terhenti di situ apabila dia turut menanam azam melebarkan sayap kariernya sehingga ke luar negara.

“Kalau boleh, tahun ini saya berazam untuk lebarkan lagi sayap karier saya dengan membawa nama industri tanah air ke luar negara seperti mana yang dilakukan beberapa artis lain seperti Yuna, Shila Amzah dan juga Datuk Siti Nurhaliza.

“Buat masa sekarang, saya berada pada peringkat permulaan dan masih merangkak untuk cuba tembusi pasaran Indonesia.

“Walaupun agak sukar, namun dengan bantuan dan peluang yang diberi pihak Warner Music di Indonesia, single saya bersama Datuk Rossa diterima baik di sana dan itu adalah langkah pertama saya,” jelasnya yang bakal tampil dengan single terbarunya berjudul ‘Kesimpulan’.

Sempena ulang tahunnya yang ke 24, semalam, Hafiz akan meraikannya bersama kira-kira 50 orang peminat dengan melakukan aktiviti santai di Bukit Cerakah, Shah Alam pada Ahad ini. SH

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters