Jom Buat Duit

Saturday 8 March 2014

Pesawat MH370 masih belum diketahui

Malaysia Airlines masih belum mendapat sebarang petunjuk terhadap lokasi pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya lokasi terkahir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah 065515 utara (Longitude) dan 1033443 Timur(Latitude).

“Kami masih cuba mengesan lokasi terkini pesawat itu berdasarkan kedudukan terakhir yang dikesan. Kami bekerjasama dengan pasukan penyelamat antarabangsa bagi mengesan MH370.

“Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang amaran kecemasan daripada MH370. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa dan semua sumber bagi membantu untuk misi mencari dan menyelamat ini,” katanya dalam satu kenyataan bagi jam 4.20 petang, hari ini.

Dalam kenyataan itu juga menyebut, senarai penumpang tidak akan dikeluarkan sehingga kesemua ahli keluarga telah dimaklumkan.

MAS menghantar ‘Go Team’ ke Beijing yang berlepas dari KLIA jam 4.30 petang tadi dengan sepasukan penjaga serta sukarelawan bagi membantu ahli keluarga penumpang.

Berikut senarai penumpang mengikut warganegara:

Negara:        

China/Taiwan = 154 termasuk bayi

Malaysia = 38

India = 5

Indonesia = 7

Australia = 6

Perancis = 4

AS = 3 termasuk bayi

New Zealand = 2

Ukraine = 2

Canada = 2

Rusia = 1

Itali = 1

Netherlands = 1

Austria = 1


Sumber: SH

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters