ENAM tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Gaston Castano ternyata
bukan waktu yang singkat bagi Julia Perez. Suka duka dalam percintaan
juga sudah dirasai, berpisah dan kembali bersama juga pernah dilalui.
Justeru demi kekasih tercinta, Julia atau Jupe tidak kisah untuk
menghadiahkan kekasihnya yang juga pemain bola sepak yang berasal dari
Argentina, hadiah yang cukup mahal iaitu sebuah kereta jenis SUV.
Menurut Jupe, hadiah tersebut merupakan bukti cintanya kepada lelaki
itu dan biarpun mereka mungkin tidak jadi berkahwin. Malah dia juga
tidak pernah menyesal kerana menghadiahkan Gaston sebiji kereta.
“Kalau sudah namanya cinta, beri apa pun tidak kisah. Apa yang penting
jangan ditarik balik kalau sudah diberi. Saya memang ikhlas memberikan
kereta itu kepada Gaston. Sudah enam tahun saya fikirkan hadiah itu,”
katanya yang ditemui baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment