SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Rohani Abdul Karim dicabar supaya menjalani kehidupan biasa dengan gaji
minima sebanyak RM900 untuk tempoh 30 hari.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi merasai sendiri
peritnya beban dan tekanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh wanita
bekerja yang berpendapatan minima dalam masa yang sama menanggung
perbelanjaan dapur dan keperluan harian.
“Beliau (Rohani) pasti tidak pernah menikmati kesusahan dengan makan
gaji. Kami ingin cabar beliau untuk hidup 30 hari sebagai seorang wanita
yang memperoleh gaji minimum RM900 bersama-sama keluarganya.
“Kemudian setelah 30 hari berakhir, kami mahu beliau buat keputusan
sama ada relevankah untuk mempunyai lebih ramai anak apabila kos
kehidupan yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Menurut Zuraida, setiap keluarga perlu memiliki kestabilan dari segi kewangan sebelum bersedia menerima tanggungjawab tambahan.
Menurutnya lagi, ia juga bagi mengelakkan timbulnya masalah yang tidak diingini dalam jangka masa panjang.
“Ia adalah satu fakta bahawa kadar kelahiran semakin berkurangan.
Tetapi dalam pada masa yang sama, kualiti kehidupan harus juga
dipertingkatkan.
“… Daripada memberi nasihat “tidak perlu terlalu tumpu pada kualiti
hidup”, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan tahap
kualiti kehidupan di Malaysia harus menjadi lebih baik,” katanya lagi.
Rohani ketika menjawab soalan daripada pertanyaan lisan di persidangan
Dewan Rakyat di Parlimen awal minggu ini menyatakan bahawa kerajaan
menggalakkan pasangan berkahwin di negara ini menambah bilangan anak
bagi menyokong peningkatan populasi negara.
Menurutnya, kebanyakan keluarga didapati memiliki dua anak dan perkara
itu dipengaruhi banyak faktor termasuk masalah lewat berkahwin dan
kesuburan.
Kata Rohani lagi , keluarga yang ideal diunjurkan mempunyai antara tiga
hingga empat anak, sehubungan itu, pelbagai usaha dan galakan dilakukan
kerajaan bagi menggalakkan pasangan berkahwin mempunyai anak yang
ramai. Sinar
Jom Buat Duit
Sunday, 31 May 2015
Monday, 25 May 2015
Dr Mahathir sedih, dakwa terpaksa akui PM berbohong
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan
kesedihannya apabila terpaksa mengakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak berbohong dalam kes wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini, Dr Mahathir menyenaraikan dua pembohongan yang didakwanya dilakukan oleh Najib.
“Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak daripada kenyataan bahawa Perdana Menteri berbohong. Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Pulau Cayman dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan bertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.
“Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.
“Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasukkan dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai,” katanya.
Rabu lalu, Najib melalui jawapan bertulis di Parlimen menjelaskan baki pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak AS$1.1 (RM4.022) bilion ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.
Menurut Najib, penjelasan itu merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum ini bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam bentuk wang tunai.
Menyentuh bank BSI, Dr Mahathir membangkitkan soal laporan yang dibuat bank tersebut kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS)
“Bank BSI telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.
“BSI bank telah lapor kepada MAS bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya. Pada kebiasaannya MAS melapor maklumat ini kepada Bank Negara.
"Ini jelas daripada pengakuan bahawa kononnya laporan ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima laporan Monetary Authority Singapore.
“Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, perbuatan menyembunyikan kesalahan dalam urusan kerajaan adalah salah di sisi undang-undang malah beliau berkata, wujud unsur jenayah yang memerlukan siasatan dan jika wang itu tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.
“Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Pulau Caymans dan disimpan di bank BSI di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar.
"Mereka yang membuat laporan yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218,” katanya. Sinar

Menyamar pelarian Rohingya
MYANMAR. Ketua Tentera Myanmar mendakwa segelintir pelarian yang
kini mendapatkan perlindungan di Malaysia dan Indonesia dipercayai
berpura-pura menjadi penduduk Rohingya.
Menurut laporan AFP, "Kebanyakan daripada mereka adalah pelarian dari Bangladesh. Mereka sanggup menyamar sebagai pelarian Rohingya kerana mahu mendapat bantuan daripada Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," kata Jeneral Min Aung Hlaing.
Menurutnya lagi, pihak terlibat perlu menyiasat identiti dan negara asal kumpulan pelarian terbabit sebelum menuding jari ke arah Myanmar yang kini berdepan kritikan masyarakat antarabangsa kerana didakwa gagal memberi perlindungan kepada etnik Rohingya.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia dan Indonesia mengesahkan sebuah pusat perlindungan sementara akan diwujudkan untuk menempatkan kumpulan pelarian terbabit.
Rabu lalu, kerajaan Gambia menawarkan untuk memberi perlindungan kepada kesemua pelarian Rohingya sebagai usaha untuk meringankan penderitaan penduduk Islam terbabit.
Negara miskin di Afrika Barat itu turut bersedia untuk mewujudkan kem pelarian khas untuk kumpulan pelarian tersebut, namun ia hanya boleh direalisasikan jika mendapat sokongan dan bantuan daripada masyarakat antarabangsa. Sinar Harian

Thursday, 21 May 2015
Padah curi wang mangsa MH370
KUALA LUMPUR – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,650 milik seorang mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH370 tahun lalu.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas mahkamah menolak permohonan tertuduh, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34, untuk menukar pengakuan kepada tidak bersalah minggu lalu.
Pada 28 April lalu, tertuduh dan isterinya telah mengaku bersalah tetapi cuba menukar pengakuan pada 15 Mei lalu namun ditolak mahkamah.
Isteri Basheer yang merupakan pegawai HSBC Leboh Ampang di sini, Nur Shila Kanan, 34, tidak hadir di mahkamah semalam kerana mendakwa mengalami cirit-birit.
Bagaimanapun, mahkamah yang tidak berpuas hati dengan sijil sakit yang dikemukakan mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Hukuman ke atas Nur Shila dijangka diputuskan hari ini.
Mengikut pertuduhan, Basheer didakwa mencuri wang daripada akaun bank milik penumpang warga China, Tian Jun Wei, 29, dengan menggunakan kad debit mangsa di mesin pengeluaran automatik HSBC Amanah cawangan Ampang Point pada pukul 10.02 pagi, 15 Mei 2014 dan pukul 11.28 malam 29 Jun 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. kosmo
433 pendatang Rohingya diselamatkan di Aceh
BANDA ACEH – Seramai 433 pendatang asing Rohingya dari Myammar diselamatkan oleh nelayan tempatan di luar pantai Aceh awal pagi semalam, menurut kenyataan pegawai penyelamat dan kumpulan nelayan.
Menurut jurucakap agensi pencari dan penyelamat, Khairul Nova, kumpulan pertama seramai 102 orang dibawa ke pantai sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) dan dihantar ke sebuah perkampungan di timur daerah Aceh. Kumpulan kedua dibawa ke pelabuhan di timur Aceh beberapa jam kemudian.
Seorang pegawai penyelamat, Sadikin memberitahu, pecahan pendatang asing itu adalah 70 kanak-kanak dan bayi, 70 wanita dan 293 lelaki yang menaiki sebuah bot.
Wakil AFP mengesahkan bot kayu warna hijau dinaiki pendatang asing itu adalah bot yang hilang sejak beberapa hari selepas diusir dari perairan Thailand.
“Bot tersebut terapung, enjin telah rosak menyebabkan nelayan berasa kasihan kepada mereka. Kebanyakan daripada mereka kelihatan sakit, mengalami dehidrasi seperti kekurangan air dan makanan ketika berada di laut,” ujar Sadikin.
Tambahnya, para nelayan menghulurkan bantuan kepada mereka berupa makanan, air dan tempat tinggal.
Seorang nelayan, Teuku Nyak Idrus yang terlibat dalam usaha mencari memberitahu, ramai mangsa berada dalam keadaan sangat tenat.
“Ramai yang jatuh sakit dan mendakwa beberapa orang rakan mereka mati akibat kelaparan,” ujarnya kepada AFP.
Usaha menyelamat dilakukan selepas menteri luar dari Malaysia, Thailand dan Indonesia bermesyuarat di Kuala Lumpur bagi membincangkan krisis bot pendatang asing di Asia Tenggara.
Seramai 1,350 pendatang Rohingya Islam dari Myammar yang melarikan diri daripada penganiayaan kaum dan pendatang dari Bangladesh yang cuba keluar dari kemiskinan tiba di Aceh sejak beberapa hari selepas ditinggalkan oleh penyeludup pemerdagangan manusia.
Mereka adalah sebahagian daripada ribuan pendatang asing yang berjaya tiba ke Indonesia, Malaysia dan Thailand selepas ditipu oleh penyeludup akibat gangguan di laluan biasa pemerdagangan manusia. – AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)