Jom Buat Duit

Monday 6 January 2014

Rumah Urut Gay Kena Serbu

 Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU - Sembilan lelaki warga asing ditahan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di sebuah pusat urut di Taman Pelangi, di sini kelmarin.

Serbuan sekitar jam 10 malam itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sapian Kamaruddin.

Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan merupakan lelaki warga China, Vietnam dan Myanmar berusia antara 27 hingga 32 tahun.

Menurutnya, serbuan itu merupakan hasil aduan awam memberitahu terdapat sebuah pusat urut yang menawarkan urutan songsang oleh tukang urut lelaki warga asing untuk golongan gay.

“Semasa serbuan dilakukan, penjaga premis melengah-lengahkan masa untuk membuka pintu. Ketika itu, kedengaran suara menyatakan ‘imigresen checking’ seterusnya mengarahkan pekerja melarikan diri.

“Terdapat pergerakan beberapa lelaki warga asing cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel ke arah bumbung premis, namun berjaya dikesan anggota ops berkawal di bahagian belakang pusat urut,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, pemeriksaan mendapati seramai 12 pelanggan lelaki berusia 30 hingga 40 berada di dalam premis.

Katanya, anggota operasi turut menemui kondom dan minyak pelincir, selain gambar lelaki separuh bogel untuk pilihan pelanggan jika mahu mendapatkan perkhidmatan.

“Mereka didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Turut ditahan penjaga premis.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut jabatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters