SEORANG wanita di Amerika Syarikat sanggup bertindak
kejam mengurung empat anaknya selama enam bulan dengan niat untuk
membiarkan mereka kebuluran hingga mati.
Ronika Bell, 28, dan kekasihnya, Deron Cuthbertson, 31, dari North
Carolina diberkas pihak berkuasa Charlotte-Mecklenburg selepas disyaki
melakukan penderaan terhadap kesemua kanak-kanak itu yang berumur enam
hingga 10 tahun.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terbongkar selepas
keempat-empat mangsa diserahkan kepada bapa mereka, Joshua Bell di
Florida, September lalu.
"Mereka kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya hingga terpaksa
dihantar ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya
terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki mereka telah
didera," katanya.
Susulan daripada itu, Bell dan Cutherbertson telah didakwa atas empat
pertuduhan dan dikenakan bon AS$75,000 (RM250,000) untuk setiap dakwaan
tersebut.
Keadaan kesihatan kesemua adik beradik tersebut dilaporkan bertambah
baik dan mereka kini diletakkan di bawah jagaan bapa mereka menurut
laporan Daily Mail.