SEBAHAGIAN besar kawasan barat di Timur Tengah,
kelmarin dilanda fenomena ribut pasir dahsyat yang turut meragut
sekurang-kurangnya lapan nyawa selain menyebabkan ratusan lagi mengalami
masalah pernafasan.
Debu tebal mula menyelubungi kebanyakan kawasan di Syria, Isnin lalu
sebelum ia merebak ke Lubnan, Palestin, Jordan, Cyprus, Iraq dan Turki.
Di Damsyik, ketua sebuah hospital utama, Adeeb Mahmoud mengesahkan
lebih 1,200 penduduk termasuk 100 kanak-kanak menerima rawatan kerana
menghadapi kesukaran untuk bernafas sejak malam Isnin lalu.
Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi manusia (SOHR) memaklumkan
sekurang-kurangnya enam termasuk dua budak dan seorang warga emas maut
selepas mengalami masalah kegagalan pernafasan.
Jurucakapnya berkata, beberapa hospital di bandar Mayadin di timur
wilayah Deir Ezzor juga tidak mampu lagi menerima pesakit akibat
kekurangan tangki oksigen.
Di Beirut, Kementerian Kesihatan memberitahu dua wanita meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital.
“Jumlah pesakit yang mengalami kesukaran bernafas akibat fenomena ribut
pasir itu telah meningkat kepada 750 kes,” jelas jurucakapnya.
Di Cyprus, sekurang-kurangnya 10 pesakit terpaksa dimasukkan ke
hospital dan susulan itu, pegawai kesihatan menasihatkan orang ramai
supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah berikutan lapisan debu tebal
tersebut dilaporkan berada lebih tinggi dari paras normal.
Ribut pasir itu juga menyebabkan jerebu tebal di Kaherah hingga menjejaskan jarak penglihatan.
Di Jeddah, sekitar bandar tersebut diselubungi kegelapan pada jam 6
petang (waktu tempatan) selepas ribut pasir melanda selama 40 minit.
Pegawai kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Abduk
Hameed Abal-Ari berkata, fenomena luar biasa itu telah menyebabkan
banyak jadual penerbangan masuk terpaksa dilencongkan ke lapangan
terbang berhampiran manakala penerbangan keluar ditangguhkan atas faktor
keselamatan.
“Menjelang jam 7 malam (waktu tempatan), keadaan kembali seperti biasa,” katanya. - al-Arabiya
Jom Buat Duit
Thursday, 10 September 2015
Wanita sembunyi pistol dalam kemaluan
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita memberitahu polis beliau menyembunyikan sebuah pistol di dalam kemaluannya, semalam.
Menurut NY Daily News, Ashley Cecilia Castaneda, 31 ditahan atas
tuduhan berkaitan dadah dan memberitahu polis mengenai senjata api
berkenaan ketika dibawa ke lokap.
Pegawai polis wanita kemudian menjumpai sepucuk pistol Smith & Wesson .22 separa kaliber selepas memeriksa Ashley.
Sebelum itu, polis menjumpai dadah seberat 29.5 gram di dalam beg tangannya.
Rakan Ashley, Gabriel Garcia, 30-an juga ditahan kerana memilik dadah sebanyak 2.7 gram.
Subscribe to:
Posts (Atom)