Jom Buat Duit

Wednesday, 29 January 2014

Kek Hari Lahir Berbentuk Manusia

Seorang pembuat kek, Lara Clarke telah menghasilkan kek luar biasa yang berbentuk seorang kanak-kanak, lapor akhbar Birmingham Mail kelmarin.

Dia dengan menggunakan campuran coklat dan krim mentega untuk membuat kek seberat 13 kilogram itu yang ditempah oleh seorang pelanggan.

Pelanggan itu, Chantelle Rose begitu teruja apabila melihat kek yang telah siap itu menyerupai anak lelakinya, Alfie Rose.

Dia membayar sebanyak AS$660 (RM2,200) kepada Clarke untuk menghasilkan kek tersebut.

Kek itu dibuat bagi meraikan ulang tahun keempat anaknya itu.
Clarke menghasilkan kek itu selama 15 jam. - Agensi

Rakyat Brazil bantah Piala Dunia

BRAZIL. Lebih 2,000 penunjuk perasaan mengadakan protes di beberapa bandar di Brazil, kelmarin sebagai membantah kos penganjuran Piala Dunia yang bakal berlangsung di negara itu pada 12 Jun depan.

Media tempatan melaporkan kepada Press TV, demonstrasi tersebut bertukar ganas selepas pihak berkuasa cuba untuk menyuraikan kumpulan yang berhimpun di hadapan Muzium Seni Sao Paulo.

Protes anjuran kumpulan Anonymous Rio itu turut diadakan di beberapa bandar utama lain.

Difahamkan, bantahan tersebut dibuat selepas kerajaan didakwa melakukan pembaziran kerana menghabiskan jutaan ringgit yang sepatutnya dilaburkan dalam pelbagai sektor termasuk kesihatan dan pendidikan penduduk di negara itu.
Menurut polis, seramai 128 penunjuk perasaan telah ditahan dalam insiden pertempuran tersebut.

Saturday, 11 January 2014

Bekas Ratu Venezuela ditembak mati

VENEZUELA. Bekas Ratu Venezuela dan bekas suaminya maut ditembak lelaki bersenjata di barat laut Venezuela, kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, ketika kejadian Monica Spears dan Thomas Henry Berry dipercayai memberhentikan kereta selepas mengalami kerosakan di lebuh raya.

“Sekumpulan lelaki bersenjata merompak dan turut mencederakan anak perempuan mereka, Maya Berry Spear yang berusia lima tahun,” katanya.

Menurutnya, laporan dipetik AFP, kereta mangsa dipercayai melanggar objek tumpul di jalan terbabit.

“Objek itu ditempatkan secara sengaja oleh penjenayah sebagai sebahagian daripada rancangan rompakan.

Monday, 6 January 2014

Rumah Urut Gay Kena Serbu

 Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU - Sembilan lelaki warga asing ditahan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di sebuah pusat urut di Taman Pelangi, di sini kelmarin.

Serbuan sekitar jam 10 malam itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sapian Kamaruddin.

Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan merupakan lelaki warga China, Vietnam dan Myanmar berusia antara 27 hingga 32 tahun.

Menurutnya, serbuan itu merupakan hasil aduan awam memberitahu terdapat sebuah pusat urut yang menawarkan urutan songsang oleh tukang urut lelaki warga asing untuk golongan gay.

“Semasa serbuan dilakukan, penjaga premis melengah-lengahkan masa untuk membuka pintu. Ketika itu, kedengaran suara menyatakan ‘imigresen checking’ seterusnya mengarahkan pekerja melarikan diri.

“Terdapat pergerakan beberapa lelaki warga asing cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel ke arah bumbung premis, namun berjaya dikesan anggota ops berkawal di bahagian belakang pusat urut,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, pemeriksaan mendapati seramai 12 pelanggan lelaki berusia 30 hingga 40 berada di dalam premis.

Katanya, anggota operasi turut menemui kondom dan minyak pelincir, selain gambar lelaki separuh bogel untuk pilihan pelanggan jika mahu mendapatkan perkhidmatan.

“Mereka didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Turut ditahan penjaga premis.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut jabatan,” katanya.

Saya Tertekan Sebab Suami Saya Gay

AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir. Sinar Harian

Sunday, 5 January 2014

Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey RM5.4 Juta

LONDON - Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.

Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.

Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Agensi

Friday, 3 January 2014

Gunung Sinabung Di Indonesia Meletus

Lebih 19,000 penduduk menyelamatkan diri selepas gunung berapi Sinabung meletus di Sumatera, Indonesia, malam semalam.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung berapi yang aktif sejak sembilan bulan lalu itu dilaporkan meletus dan membebaskan batu panas dan abu setinggi 7,000 meter ke udara.

Jurucakap Polis Boy Rafli Amar berkata, Skuad Anti Keganasan, menahan Ato Margono yang selama ini dilaporkan sudah meninggal dunia.

“Suspek dipercayai terlibat dalam pengeboman motosikal, restoran dan pembunuhan di daerah Poso,” katanya.
Sementara itu, polis menahan individu disyaki pengganas yang sebelum ini dikatakan menjadi dalang dalam serangan nekad di sebuah balai polis di Sulawesi, Jun lalu.
“Sinabung terus meletus. Orang ramai diminta menjauhkan diri dari kawasan terbabit,” katanya, dipetik dari JPost

Klik Untuk Saya k... :)

free counters