MAKKAH: Seorang bapa berusia 70-an semalam mengaku di mahkamah
Syariah membunuh anak lelakinya yang berusia 30 tahun kira-kira 11 bulan
lalu.
Menurut polis, anak lelakinya itu menghidap sakit mental.
Kes itu difailkan sebagai kes bunuh diri berdasarkan keterangan ibu bapanya.
Bagaimanapun, Biro Siasatan dan Pendakwaan di Riyadh menghantar
semula kes itu ke Mahkamah Makkah kerana terdapat percanggahan. Ibu
bapa mangsa pada awalnya mendakwa anak lelaki mereka menikam lehernya
sendiri selepas mereka enggan memberinya wang. - SG
No comments:
Post a Comment