DUBAI: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara maksimum tiga tahun
selepas mahkamah mendapati mereka melakukan hubungan seks songsang di
bawah pokok.
Mahkamah semalam memenjarakan dua suspek itu, seorang guru warga
Britain dan seorang kakitangan dari Seychelles, masing-masing tiga
tahun.
Seorang saksi rakyat Palestin yang meletakkan keretanya
di belakang stesen minyak melihat dua lelaki itu melakukan hubungan
seks sejenis di bawah pokok.
Kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 40 tahun itu mengaku bersalah.
Seorang daripada suspek juga didenda 1,000 dirham (RM835) kerana minum
minuman keras. - SG
No comments:
Post a Comment