SEOUL - Korea Selatan akan mengenakan suntikan kimia pertama terhadap
pesalah laku seks kanak-kanak yang dikenakan hukuman itu, menurut
pegawai kerajaan, semalam.
Jurucakap Kementerian Keadilan, Kim Hyung-Yul berkata, penjenayah yang
dikenali sebagai Park, 45, akan dibebaskan dari penjara pada Julai depan
selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan cuba untuk
merogol kanak-kanak berumur 10 tahun.
"Bagi mengelakkan Park melakukan jenayah sama, dia akan diberikan
suntikan untuk mengurangkan nafsu seks sebanyak 12 kali selama tiga
tahun," menurutnya lagi.
No comments:
Post a Comment