Selepas menghebahkan bakal kembali dalam bidang lakonan, timbul khabar
angin yang mengatakan hubungan aktres Karisma Kapoor dengan suaminya,
Sanjay Kapoor sedang berantakan.
Menurut sumber, aktres itu kini tinggal berjauhan dengan suaminya, Karisma di Mumbai dan Sanjay di Delhi.
Namun, ada pula berita terbaru mengenai mereka. Khabarnya Sanjay
berhasrat untuk berkahwin satu lagi dengan rakan baiknya sendiri.
“Sanjay berkawan baik dengan model dan sosialis, Priya Sachdev. Mereka
kelihatan serius menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin,”
katanya.
Bagaimanapun, Karisma yang hadir sewaktu promosi filem terbarunya, Dangerous Ishq enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.
No comments:
Post a Comment