HOLLYWOOD: Artis remaja Miley Cyrus menerima banyak kritikan selama ini kerana perangai liarnya.
Bagaimanapun, Miley baru-baru ini, mengakui menjadi ikon remaja amat
penting bagi dirinya dan dia berharap dapat memberi conton terbaik
kepada peminatnya.
“Saya berusaha menjadi ikon remaja yang terbaik kepada peminat dan menganggap ia sesuatu yang serius dalam hidup.
“Namun demikian, saya tidak dapat menjadi seorang individu yang
sempurna dari semua segi. Saya hanya dapat mencuba melakukan yang
terbaik,” katanya.
No comments:
Post a Comment