JAKARTA: Komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa, disoal siasat
dalam kes rasuah yang membabitkan bekas Setiausaha Agung Jabatan Luar
Negara, Sudjadnan Parnohadiningrat pada 2004-2005.
Ayah kandung Gita Gutawa ini disoal sebagai saksi ke rasuah sejumlah
RM1.5 juta, di Suruhanjaya Pencegah Rasuah di Kuningan, Jakarta,
semalam.
“Saya tidak kenal dengannya. Malah, saya tidak terbabit langsung,” kata Erwin.
Walaupun mengaku tidak mengenali Sudjadnan Parnohadiningrat, dia berkata pernah menghadiri acara yang dibuat oleh Sudjadnan.
“Betul, saya membuat persembahan pada 2004, kerana saya adalah
penganjurnya. Itu yang saya beritahu kepada Suruhanjaya Pencegah
Rasuah,” katanya.
No comments:
Post a Comment