Skuad pelapis trek negara bermula dengan baik pada hari pembukaan
Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia ACC 2011 di Velodrom Kuala Lumpur,
Cheras, di sini hari ini.
Malaysia memperoleh gangsa menerusi Mohd Fakhruddin Daud, 20,dalam
acara ujian masa 1km elit lelaki dengan catatan masa 1 minit 10.106
saat.
Pingat emas acara itu dimenangi Mahmoud Parash dari Iran dengan
1:06.899s dan perak milik Kenta Inake dari Jepun dengan 1:08.013s.
No comments:
Post a Comment