KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2011: Pertama kali
dilayangkan dengan beberapa foto Keisha Laila iaitu permata hati kepada
pelakon kontroversi Nabila Huda, portal murai.com.my dapat melihat
bayangan aktres itu di wajah anaknya.
Manakan tidak, kelima-lima foto yang dikongsi Nabila Huda kepada
murai.com.my semuanya menunjukan wajah tersenyum gembira kanak-kanak
berusia setahun enam bulan itu yang persis mirip ibunya.
Malah menurut Nabila Huda sendiri, Kheisya seorang kanak-kanak yang
sangat periang dan mampu membuatkan sesiapa saja gembira ketika bertemu
dengannya.
No comments:
Post a Comment