LONDON: Si cilik Ellie Challies adalah pemain bola untuk pasukan
sekolahnya walaupun dia tidak mempuyai kedua-dua belah tangan dan kaki.
Ellie yang berusia tujuh tahun dan sangat menyukai sukan bola sepak
itu berlari ke sana sini dalam padang bola menggunakan kaki palsu
seperti yang digunakan oleh olahragawan dari Afrika Selatan, Oscar
Pistorius.
Ibunya, Lisa yang bangga dengan anaknya itu berkata, “Ia adalah
perkara yang kami tidak terfikir akan melihatnya. Dia seorang
kanak-kanak yang kuat semangat dan luar biasa.”
Kedua-dua tangan
dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami
meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.
No comments:
Post a Comment