MADONNA beraksi di pentas pada konsert di Dewan Olympia di Paris Khamis lalu.
PARIS - Bintang pop, Madonna dicemuh pada sebuah konsert mini di
Perancis kerana meninggalkan pentas selepas melakukan persembahan cuma
45 minit.
Sebahagian penonton yang tidak berpuas hati ekoran tempoh singkat konsert berkenaan, menjerit: "Kembalikan wang kami."
Berlangsung di Dewan Olympia di sini, Khamis lalu, konsert tersebut
turut disiarkan secara langsung di laman perkongsian video YouTube.
Kelmarin, saluran yang menyiarkan konsert itu menutup komen untuk
klip video berkenaan selepas ruangan tersebut mencatat 12,000 komen
negatif. - Agensi
No comments:
Post a Comment