SINGAPURA: Lelaki gigolo yang menemankan wanita untuk seks kini
menawarkan perkhidmatan seks oleh sindiket di Singapura melalui pesanan
ringkas di telefon bimbit.
Promosi itu dibuat bersama gambar lelaki bogel yang mengaku dari
China, Vietnam dan Thailand, dan pelanggan yang berminat diberi pilihan
untuk mendapatkan perkhidmatan “urutan” daripada mereka.
Walaupun demikian, pesanan ringkas ini hanya dihantar kepada wanita secara rawak tetapi ada juga lelaki yang menerimanya.
Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Yen mengadu dia dan
beberapa rakan lelakinya menerima pesanan ringkas ini yang dipercayai
diedar sejak dua minggu lalu. - SinChew
No comments:
Post a Comment