KABUL: Tiga sekeluarga dihukum penjara 10 tahun kerana bersubahat
menyeksa seorang remaja yang dikahwinkan dengan lelaki berusia, kata
pihak berkuasa semalam.
Bagaimanapun, pertubuhan hak asasi manusia, Women For Afghan Women,
berpendapat hukuman itu tidak setimpal dan akan mengemukakan rayuan.
Teruduh
didapati bersalah memenjara Sahar Gul, 15, di tingkat bawah rumah
suaminya yang jauh lebih tua di wilayah Baghlan pada Disember tahun
lalu.
Selain dikurung, Sahar juga dibelasah, dicucuh dengan api dan dicabut
kukunya kerana tidak memuaskan hati suami dan keluarga mentuanya.
Suami Sahar dan seorang iparnya yang didakwa bersubahat dalam insiden itu masih belum ditangkap. - AFP
No comments:
Post a Comment