KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25
tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau
tidak berkahwin.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator
Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan
Malaysia 2010, daripada jumlah itu, 60.4 peratus adalah lelaki.
Bancian itu juga mendapati, purata umur perkahwinan pertama bagi
lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000 manakala
bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya
menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong di Dewan Negara di sini
semalam.
No comments:
Post a Comment