KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini bagi menjalani pembedahan
kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.
Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed
(Perunding Pakar Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM), Prof
Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi
(Perunding Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff
(Perunding Pakar Bius, IJN) melakukan pembedahan selama sejam bermula
9.30 pagi.
Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di bawah pemantauan di wad biasa.
Beliau dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari akan datang.
No comments:
Post a Comment