JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah di Flores, Nusa Tenggara
Barat akan dihukum oleh pihak berkuasa tempatan selepas foto bogelnya
beredar di kalangan masyarakat di situ.
Tiga foto bogel guru besar itu dihantar kepada penduduk bandar Ende melalui telefon bimbit awal minggu ini.
Gambar itu didakwa diambil oleh teman lelakinya yang kini bekerja sebagai guru di sekolah menengah di bandar itu.
“Berdasarkan undang-undang kerajaan, dia perlu dihukum kerana
mencemari tanggungjawabnya sebagai penjawat awam iaitu untuk
mempertahankan maruah di depan khalayak ramai,” kata Timbalan Pengerusi
badan perkhidmatan awam wilayah itu, Abdul Syukur
No comments:
Post a Comment