RIYADH: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya yang enggan membelikan PlayStation.
Akhbar Asharq memetik jurucakap polis di bandar Jizan, selatan Arab
Saudi, sebagai berkata, kanak-kanak itu mengambil pistol bapanya dan
menembak kepala lelaki berkenaan.
Menurut laporan akhbar itu,
kanak-kanak terbabit meminta bapanya membeli sebuah PlayStation dan
kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa mainan yang
dihajati.
Ketika menanggalkan pakaian, lelaki berkenaan meletakkan senjata di
bawah. Anaknya mengambil pistol itu lalu menembaknya dari jarak dekat.
- AFP
No comments:
Post a Comment