RIDGEVILLE: Seorang bayi berusia dua bulan mati selepas dibaham
anjing peliharaan keluarganya ketika bapa nyenyak tidur dan ibu di
klinik bersama-sama seorang anak yang lain.
Aiden Lee McGrew yang dilahirkan pada Hari Valentine, dibaham hingga
satu anggota tubuhnya putus di rumahnya di Dorchester County.
Aiden
berada di dalam buaian sementara bapanya lena bersama anaknya yang
lain. Ibu bayi malang itu, Chantel McGrew memberitahu polis, dia
pulang dari temujanji di klinik dan menemui bayinya yang berlumuran
darah terbaring di lantai dengan kakinya terputus.
No comments:
Post a Comment