WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 10 tentera Amerika Syarikat mungkin
terlibat dalam skandal seks membabitkan ejen Perisikan Amerika Syarikat
di Colombia.
Pentagon sebelum ini berkata, lima pegawai tentera terbabit tetapi
kini, senarai berkenaan termasuk lima anggota pasukan khas, dua pakar
bom tentera laut, dua pengendali anjing dari pasukan marin dan seorang
anggota tentera udara.
Tentera Amerika menjalankan siasatan
berasingan mengenai skandal itu yang berlaku sebelum Presiden Barack
Obama tiba di Colombia untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin
Pertubuhan Negara Amerika baru-baru ini. - AFP
No comments:
Post a Comment