ANKARA: Proses tumbesaran lelaki paling tinggi di dunia, Sultan
Kosen, akhirnya berhenti selepas dia menjalani rawatan, lapor media
semalam.
Sultan Kosen, 29, mempunyai ketinggian 2.51 meter akibat menghidap
penyakit acromegaly yang berpunca daripada ketumbuhan pada kelenjar
pituitary.
Keadaan itu mendorong penghasilan hormon berlebihan dan menyebabkan tumbesaran berlebihan jika berlaku sebelum akil baligh.
Namun, Sultan bernasib baik kerana dia dapat dibantu saintis di Universiti Charlottesville di Virginia, Amerika Syarikat.
Sejak mendapatkan rawatan di situ pada Mei 2010, Sultan diberi ubat bagi mengawal penghasilan hormon tumbesarannya. - TS
No comments:
Post a Comment