BANDAR SRI BEGAWAN: Seorang lelaki berusia 28 tahun, dipenjara 10
bulan setelah mengaku meletak gambar lucah dan klip video bekas teman
wanitanya di Facebook.
Adi Adip Mohammad, meletak nama samaran akaun Facebook bekas teman
wanitanya lalu meletak beberapa gambar separuh bogel dan klip video
wanita yang dikenali sebagai Miss X, serta aksi seks mereka di laman
itu.
Defendan mengaku melakukan perbuatan itu pada 18 Februari lalu dan
berniat mahu memalukannya serta mendapatkan perhatiannya selepas dia
memutuskan hubungan dengan defendan. - BT
No comments:
Post a Comment