JAKARTA: Syarikat Kereta Api Indonesia bercadang untuk mengendalikan
kereta api kelajuan tinggi menghubungkan Jakarta dan bandar utama di
Jawa Barat, Bandung.
Pengarah Eksekutif PT KAI, Ignasius Johan berkata perjalanan dari
Jakarta ke Bandung menggunakan kereta api berkelajuan tinggi itu akan
hanya mengambil masa 45 minit.
Katanya, harga tiket untuk perjalanan itu dijual pada harga Rp200,000 (RM68) adalah amat berpatutan.
Pengarah Kerjasama Agensi Perancangan Pembangunan Negara, Bastari
Panji Ira berkata laluan baru Jakarta-Bandung yang akan siap pada 2018. -
Jakarta Post
No comments:
Post a Comment