SHARJAH: Seorang wanita berusia 20 tahun dimasukkan ke hospital
selepas ditolak dari tingkat empat sebuah bangunan apartmen di sini
selepas dirogol pagi semalam.
Akhbar Gulf News melaporkan, mangsa yang juga pembantu rumah warga
Habsyah bekerja dengan sebuah keluarga di Emiriah Arab Bersatu
memberitahu polis, dia terpaksa melakukan kerja sampingan kerana hanya
dibayar gaji 500 dirham (RM416).
Dia meminta seorang rakan
warga Bangladesh supaya menghantarnya pulang tetapi lelaki itu
membawanya ke rumah suspek dengan alasan untuk mengambil barang.
Bagaimanapun, wanita itu diperkosa rakannya sebelum ditolak dari
tingkat empat bangunan berkenaan. - GN
No comments:
Post a Comment