CHILPANCINGO (Mexico): Pihak berkuasa di Guerrero menemui 10 kepala manusia berhampiran sebuah pasar terbuka, kelmarin.
Jurucakap polis Arturo Martinez Nunez berkata, “Ia adalah kepala tiga wanita dan tujuh lelaki.”
Pejabat pendakwa raya di Teloloapan, bandar di mana kepala itu
ditemui, berkata semua kepala itu ditemui berhampiran pasar terbuka.
Mesej mengenai kartel dadah La Familia ditemui bersama kepala terbabit.
La Familia adalah kumpulan jenayah yang aktif di Michoacan dan sering
bergaduh dengan kumpulan jenayah yang lain kerana berebut kawasan.
Paus Benedict XVI dijangka tiba pada 23 Mac di Leon, Michoacan dan akan
menyampaikan ceramah mengenai keganasan berkaitan dadah di Mexico. - AFP
No comments:
Post a Comment