RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman pancung ke atas
seorang lelaki rakyat Pakistan yang ditahan kerana cuba menyeludup dadah
ke negara itu, kata menteri dalam negeri, semalam.
“Suspek, Salman Khan Taj Mohammed dari Pakistan ditahan ketika cuba
menyeludup sejumlah besar heroin ke negara ini,” kata menteri terbabit
dalam satu kenyataan dipetik daripada agensi berita kerajaan, SPA.
Hasil
siasatan mendapati dia terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah dan
dijatuhkan hukuman mati mengikut undang-undang Arab Saudi.
Suspek dipancung di Damman di timur negara itu, lapor SPA menjadikan
angka hukuman mati di Arab Saudi untuk tahun ini kepada lima setakat
ini. - AFP
No comments:
Post a Comment