MANILA: Penyanyi Filipina Christian Bautista dihantar pulang dari
Indonesia selepas dia didapati melanggar peraturan imigresen dengan
menggunakan visa lawatan untuk urusan kerja.
Pejabat imigresen mendapati Bautista mengadakan persembahan di Lippo Karawaci, Tangerang pada petang Rabu lalu.
“Kami
sudah menghantarnya pulang,” kata jurucakap Direktorat Awam di
Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Sukoadji, semalam
sebagaimana dipetik dalam tribunnews.com.
Menurutnya, Bautista mempunyai visa lawatan 30 hari sejak Rabu lalu,
tetapi mengambil peluang itu untuk mengadakan konsert pada hari dia tiba
di Indonesia. - Jakarta Post
No comments:
Post a Comment