Jom Buat Duit

Saturday 22 November 2014

Ibu Kurung 4 Anak Selama 6 Bulan Dibiarkan Kebuluran

SEORANG wanita di Amerika Syarikat sanggup bertindak kejam mengurung empat anaknya selama enam bulan dengan niat untuk membiarkan mereka kebuluran hingga mati.

Ronika Bell, 28, dan kekasihnya, Deron Cuthbertson, 31, dari North Carolina diberkas pihak berkuasa Charlotte-Mecklenburg selepas disyaki melakukan penderaan terhadap kesemua kanak-kanak itu yang berumur enam hingga 10 tahun.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terbongkar selepas keempat-empat mangsa diserahkan kepada bapa mereka, Joshua Bell di Florida, September lalu.

"Mereka kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya hingga terpaksa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki mereka telah didera," katanya.

Susulan daripada itu, Bell dan Cutherbertson telah didakwa atas empat pertuduhan dan dikenakan bon AS$75,000 (RM250,000) untuk setiap dakwaan tersebut.

Keadaan kesihatan kesemua adik beradik tersebut dilaporkan bertambah baik dan mereka kini diletakkan di bawah jagaan bapa mereka menurut laporan Daily Mail.


Klik Untuk Saya k... :)

free counters